TRAVELOG MELAKA
*TRAVELOG MELAKA* 27/11/19 - 29/11/19 by Muaz bin Nor Azhar Permandangan di Stadthuys tidak pernah mengecewakan Melaka. Bandaraya penuh sejarah. Pernah menjadi pusat perlabuhan terkemuka di dunia suatu masa dahulu. Mempunyai sejarah kesultanan yang amat seronok untuk dipelajari. Akhirnya, aku mendapat kesempatan untuk menjejakkan kaki di bumi Melaka. Masa untuk menjawab soalan pertama yang tiba di minda apabila sudah ternampak suasana kekecohan di bandar Melaka,"Kita akan tinggal di mana?" Bertuah bagi kami, saudara Radzin bin Razaini sudah memikirkan hal tersebut terlebih dahulu. Tepat jam 2 petang, kami tiba di tempat kediaman kami. The RuckSack Caratel Pertama sekali, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada staff-staff di RuckSack Caratel kerana sepanjang kami menginap di sana mereka banyak membantu dalam aspek kebersihan dan fasiliti. Kami berlima menyewa sebuah bilik yang mempunyai empat katil dan satu bilik air yang berharga RM20...