KARANGAN KBAT

BAGAIMANA SEMANGAT TERSEBUT TELAH MEMPENGARUHI SEMANGAT NASIONALISME DI ASIA TENGGARA? 

Semangat tersebut telah mempengaruhi semangat nasionalisme di Asia Tenggara apabila berlakunya penindasan terhadap golongan rakyat di dalam sebuah sistem pentadbiran atau pemerintahan. Contohnya, seperti mana Joe Rizal menubuhkan sebuah gerakan propaganda yang bertujuan untuk menuntut Filipina untuk menjadi sebahagian daripada wilayah Sepanyol dan mempunyai hak yang sama dengan rakyat Sepanyol. 

   Selain itu, berpandukan key concept culture, kita dapat melihat bagaimana rakyat sesebuah negara mengembangkan idea nasionalisme. Ianya telah menyuntik kesedaran rakyat Asia Tenggara mengenai isu pendidikan. Contohnya, di Indonesia, Raden Adjeng Kartini mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita. Tambahan pula buku yang ditulis beliau, Hilang Gelap Terbitlah Terang telah mendedahkan dasar diskriminasi yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia. 

SEJAUH MANAKAH PERUBAHAN POLITIK DUNIA TELAH MERUBAH TINDAKAN DAN PEMIKIRAN ORANG MELAYU SEBELUM MERDEKA

Perubahan politik dunia telah banyak mengubah pemikiran dan tindakan orang Melayu sebelum Merdeka. Antara aspek yang telah berkembang ialah aspek pendidikan yang di mana, lahirlah golongan intelektual seperti lepasan Timur Tengah. Contohnya, Syed Sheikh al-Hadi yang menggerakkan idea pembaharuan di dalam masyarakat. Begitu juga intelektual lepasan pendidikan Inggeris dan Melayu seperti Abdul Kadir Adabi dan Dato' Undang Rembau Abdullah Haji Dahan.

Saya boleh mengaitkan situasi ini dengan key concept change di dalam IB MYP yang di mana orang Melayu berubah ke arah yang lebih baik demi mencapai tahap kehidupan yang lebih cemerlang berbading sebelumnya.Contohnya boleh di lihat dengan kewujudan pendidikan moden Islam di Tanah Melayu seperti Madrasah al-Attas di Johor Bahru.

PERJUANGAN NASIONALISME DI SELURUH DUNIA TELAH MEMBERIKAN KESAN KEPADA NASIONALISME ORANG MELAYU SEBELUM MERDEKA. JELASKAN

Memang benar bahawa nasionalisme di seluruh dunia banyak memberi kesan kepada orang melayu sebelum kemerdekaan. Penduduk di tanah melayu telah menerima dorongan dan sokongan yang telah mempertingkatkan semangat nasionalisme mereka. Perkara ini boleh dilihat pada kebangkitan Pan-islamisme di emppayar Uthmaniyah yang menyedarkan umat Islam di tanah Melayu untuk menentang ancaman luar dan pengaruh gerakan Islah di Mesir pula menggesa umat Islam untuk melakukan pembaharuan yg progresif.

Saya boleh mengaitkan IB key concept system dengan peristiwa di atas, yang di mana, faktor luar telah membantu untuk mewujudkan sebuah system pentadbiran di tanah melayu bagi memberontak terhadap penjajah dan mempertahankan tanah air yg tercinta. Contoh lain yang menggunakan key concept ini ialah Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1926 berjaya mendorong perubahan persatuan negeri lain dan telah menggunakan sistem yang ada untuk bekerja selaras dengan British supaya terdapat lebih banyak peluang kepada orang Melayu dalam pentadbiran.

BAGAIMANA NASIONALISME DI ASIA TENGGARA TELAH MEMPENGARUHI POLITIK DUNIA

Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia kerana negara negara di Asia Tenggara merupakan di antara negara yang memainkan peranan yang penting di dalam menyumbang kepada pembangunan politk dunia. Contohnya, bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service bertambah kepada 20 orang pada tahun 1937. Perkembangan ini menunjukkan bahawa perubahan yang di bawa oleh nasionalisme di Asia Tenggara telah membawa perubahan kepada dunia politik

Dengan itu, saya boleh membuat perhubungan peristiwa tersebut dengan IB key concept interaction. Hal ini demikian kerana, segala perkara yang berlaku di tanah melayu mempunyai kesinambungan dengan perkara yang berlaku di serata dunia. Contohnya seperti mana, penjajahan Jepun ditamatkan di Tanah Melayu akibat daripada letusan bom Atom di bandar Hiroshima dan Nagasaki menjadi punca utama tamatnya perang dunia ke 2.

DEBATABLE - GENERASI MUDA HARI INI TIDAK PATRIOTIK DAN HILANG JATI DIRI

Pada pendapat saya, generasi muda pada zaman kini tidak lagi mempunyai jati diri yang seperti mana diserlahkan oleh generasi-generasi yang terdahulu. Perkara ini berpunca daripada masalah kedatangan pengaruh barat yang banyak memberikan kesan buruk kepada pemikiran generasi muda. Contohya amalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan telah mencemarkan identiti islam masyarakat melayu pada zaman kini.

Seterusnya, terdapat juga pengaruh daripada teknologi yang melalaikan pemikiran anak muda. Contohnya kemudahan telefon pintar pada awalnya dilihat sebagai sebuah alat yang mampu untuk membekalkan semua jenis maklumat. Namun begitu, jika digunakan dengan tidak berpatutan seperti menonton video lucah atau melayari website yang haram,telefon pintar berpotensi untuk merosakkan 

Comments