TRAVELOG MELAKA

*TRAVELOG MELAKA*

27/11/19 - 29/11/19

by Muaz bin Nor Azhar


Permandangan di Stadthuys tidak pernah mengecewakan
Melaka. Bandaraya penuh sejarah. Pernah menjadi pusat perlabuhan terkemuka di dunia suatu masa dahulu. Mempunyai sejarah kesultanan yang amat seronok untuk dipelajari. Akhirnya, aku mendapat kesempatan untuk menjejakkan kaki di bumi Melaka.
Masa untuk menjawab soalan pertama yang tiba di minda apabila sudah ternampak suasana kekecohan di bandar Melaka,"Kita akan tinggal di mana?" Bertuah bagi kami, saudara Radzin bin Razaini sudah memikirkan hal tersebut terlebih dahulu. Tepat jam 2 petang, kami tiba di tempat kediaman kami.
The RuckSack Caratel


 Pertama sekali, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada staff-staff di RuckSack Caratel kerana sepanjang kami menginap di sana mereka banyak membantu dalam aspek kebersihan dan fasiliti. Kami berlima menyewa sebuah bilik yang mempunyai empat katil dan satu bilik air yang berharga RM200 satu malam. Tempat tersebut juga disertakan dengan kolam renang dan tempat berehat. Jika anda berminat dengan tempat ini, anda boleh terus ke lawan web ini:

Setelah solat zuhur dan berehat sebentar, kami ke Stadthuys pada pukul 4 petang.
STADTHUYS 
Stadthuys merupakan sebuah bandar yang sangat indah kerana tempat ini penuh dengan bangunan bersejarah dan penuh dengan gerai yang menjual barang-barang tradisional di Melaka. Saya juga melihat pelbagai jenis pelancong dari negara asing yang sangat tertarik dengan barangan tradisional di sana. Antara kraftangan yang saya lihat ialah sebuah bakul yang dianyam menggunakan rotan. Kraftangan tersebut dibuat dengan tangan dan ianya sangat kemas. Malang sekali saya tiada gambar bakul tersebut :(

Setelah puas meneroka Stadthuys, kami ke Sungai Melaka.
SUNGAI MELAKA
Perkara pertama yang tiba di minda apabila sampai di Sungai Melaka ialah,"Wah, jernihnya!"Sungguh tidak dijangka. Siapa sangka Melaka, bandar yang sangat sibuk dengan pelancong, gerai kiri dan kanan dan jalan raya yang sesak untuk mempuyai sungai yang begitu cantik dan jernih. Ya, Melaka sangat sesak dengan kenderaan.Oleh itu kami lebih suka berjalan kaki. Bukan sahaja mudah malah percuma! Berhampiran sungai Melaka, terdapat sebuah  kedai yang menghidangkan air kelapa buatan mereka. Kami menikmati air tersebut dan meneruskan penjelajahan kami.

H&M


 Maklumlah, remaja seperti kami pantang apabila melihat H&M. Kami berempat mengambil kesempatan ini untuk membeli sedikit pakaian. Saya membeli sehelai seluar pendek yang berharga RM20. Hal ini hanyalah kerana saya terlupa untuk membawa seluar pendek dan saya mahu menggunakan seluar ini untuk mandi di kolam nanti bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan bukan?


Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Kami mengambil peluang ini untuk mandi di kolam bersebelahan dengan tempat penginapan kami. Sungguh lawak jenaka rakan-rakan saya. Walapun ada yang agak keterlaluan, saya mengangkap ini semua memori yang akan mewarnai hidup saya.
Apabila kami penat bermain di dalam kolam, kami ke bilik untuk berehat. Ketika ini, jam menunjukkan pukul 7 malam. Kami bersetuju untuk bermain permainan video 'FIFA 19' pada malam itu sehingga tertidur.

 HARI KEDUA

MUZIUM NEGERI MELAKA
 Jam 8 pagi.Seni reka lama, warna putih jernih dan berbau kayu. Kami telah tiba di Muzium Negeri Melaka. Dengan harga RM6 seorang kami menjelejah tempat ini dengan penuh rasa bersemangat. Saya telah pergi ke banyak muzium sebelum ini tetapi tiada yang dapat menandingi keunikan muzium negeri Melaka. Kami belajar tentang pelbagai benda. Termasuklah kehebatan pahlawan Melaka. Betullah apa yang dikatakan oleh pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal nama.




KOTA A'FAMOSA

 Jelajah ke Melaka memang tidak sah jika tidak melawat bangunan yang berumur berpuluh tahun ini. Sungguh terkenal dikalangan rakyat Malaysia malah juga disebut-sebut di kalangan pelancong asing. Tak lain tak bukan ianya Kota A'Famosa. Gah namanya, gah lagi  binaannya. Apabila kami sampai di sini jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Di sana, kami belajar tentang sejarah bangunan ini yang mengagumkan.
DATARAN PAHLAWAN

 Habis sudah jejalah Kota A'Famosa, kami mengambil keputusan untuk berehat sepanjang hari dan pada malam itu, kami ke Dataran Pahlawan. Tempat ini merupakan antara tempat yang paling meriah di Melaka. Bangunan tinggi, kompleks membeli-belah dan persembahan menarik. Tempat ini sememangnya layak dipanggil "Dataran Pahlawan'.

HARI KETIGA

Pejam celik, pejam celik, tibanya hari terakhir kami di Melaka. Kenangan pahit manis sememangnya akan dirindui. Kami tidak sabar untuk berkongsi pengalaman ekspedisi kami di Travelog nanti.


MASJID TERAPUNG/ MASJID SELAT MELAKA

 Masjid Kristal di Terengganu terkenal dengan seni binanya. Masjid Selat Melaka pula terkenal dengan seni bini dan suasana di sana. Sememangnya antara masjid yang paling cantik kami pernah lihat


LOKASI TERAKHIR: STADTHUYS


Terdetik di dalam hati kami bahawa jika tempat pertama kami terokai di Melaka ialah Stadthuys, jadi apa kata kami jadikan tempat ini menjadi tempat terakhir kami di sana? Stadthuys sungguh cantik. Kami juga terjumpa pelancong dari Indonesia yang menggelar dirinya sebagai 'king'. Beliau amat mesra dengan kami dan kami sememangnya merindui beliau. Anda boleh lihat gambar kami bersama di atas.

Melaka merupakan tempat yang sangat menarik. Saya berharap agar dapat menjejakkan kaki di sini sekali lagi pada masa hadapan. 



Comments

  1. Dua tiga kucing berlari, menarik sekali blog ini! Pengalaman yang amat bermanfaat untuk diceritakan.

    ReplyDelete
  2. Anak pak samad nama ain,
    Terbaik lah saudara!

    ReplyDelete
  3. menarik sungguh blog anda semasa percutian di melaka bersama rakan2 karib anda. saya cemburu. apa pun. blog yang menarik dan maklumat yang bermanfaat

    ReplyDelete
  4. Sungguh menarik blog kamu ini.Saya juga mahu pergi kesana.

    ReplyDelete
  5. sungguh menarik dan menceriakan hari saya

    ReplyDelete
  6. Perkongsian blog oleh saudara Muaz amat menarik🤩

    ReplyDelete
  7. Wah! Menarik sungguh penulisan blog anda. Saya juga ingin merasai pengalaman ke sana.

    ReplyDelete
  8. Blog anda sangat menarik! Tahniah!

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang mantap.Terdapat banyak aktiviti yang menarik yang telah anda lakukan yang buat saya teruja membacanya.Saya berharap untuk pergi melancong bersama sama anda.

    ReplyDelete
  10. wahhh teruja saya membaca blog anda. Penerangan serta gambar yang sangat jelas. Terima kasih diatas perkongsian yang bermanfaat ini :)))

    ReplyDelete
  11. Wah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.

    ReplyDelete
  12. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang

    ReplyDelete
  13. Semoga blog anda ini dapat memberi manfaat kepada orang lain juga 😁

    ReplyDelete
  14. Sangat bermanfaat makkumat di sini, sangat gembira anda di sana, isi menarik dan maklumat ini juga saya boleh guna apabila ke Melaka nanti😁

    ReplyDelete
  15. Info dan gaya penulisan yang paling menarik.

    ReplyDelete
  16. Walaupun telah banyak kali saya mengunjungi Melaka,tetapi saya tidak pernah terfikir untuk mengunjungi beberapa kawasan yang anda tunjukkan.

    ReplyDelete
  17. Wahh wahh sangat menarik dan menghiburkan sekali perkongsian anda :p tahniah !

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Blog yang menarik dan mempunyai maklumat yang berguna.Sangat seronok membaca blog ini kerana mempunyai ayat-ayat yang gramatis

    ReplyDelete
  20. Sebagai seorang yang pernah menjejakkan kaki di sana ,syabas saudara! Percutian saudara amat bermakna dan tidak menjadi sia-sia apabila meluangkan masa di kota penuh bersejarah.

    ReplyDelete
  21. Perkongsian yang sangat menarik dan membuatkan saya ingin ke sana bersama kawan-kawan.

    ReplyDelete
  22. Saya sungguh teruja membaca blog kamu. Perkongsian kamu juga sungguh menarik.

    ReplyDelete
  23. Blog ini sangat menarik kerana penulis membuat kelainan dengan pergi bercuti dengan rakan-rakan dan bukan dengan keluarga.

    ReplyDelete
  24. Blog yang sangat menarik dan mudah difahami. Teruskan mencipta blog pada masa akan datang👍

    ReplyDelete
  25. Wah wah , penggunaan ayat yang sugguh menarikk !!

    ReplyDelete
  26. Wah! Perkongsian yang sangat menarik! Baru saya tahu terdapat lebih banyak tempat-tempat yang menarik di Melaka. Saya berasa teruja untuk mengatahui lebih banyak travelog-travelog yang menarik yang akan disiarkan oleh anda! 👍

    ReplyDelete
  27. Wah, banyak perkongsian yang dikongsikan di dalam blog ini.

    ReplyDelete
  28. Blog yang amat menarik untuk dibaca dengan besertakan gambar-gambar yang cantik dan maklumat yang bagus.

    ReplyDelete
  29. Perkongsian yang penuh dengan maklumat ! Terima kasih kerana sudi bekongsi pengalaman kamu, Muaz :)

    ReplyDelete
  30. Menariknyaa ✨💫 Terima kasih kerana berkongsi pengalaman andaaa 🌙☀️

    ReplyDelete
  31. Perkongsian maklumat yangsangat menarik!!!

    ReplyDelete
  32. Your blog is so interesting! Good job boy

    ReplyDelete
  33. blog yang menarik, info yang sangat berguna untuk pelancong yang ingin berkunjung ke melaka

    ReplyDelete
  34. Wah, Sungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini.

    ReplyDelete
  35. Pengalaman serta perkongsian yang menarik membuatkan saya tertarik untuk pergi ke Melaka dan menikmati perjalanan di sana.

    ReplyDelete
  36. Blog yang bagus, sangat menarik dan dan sangat interaktif, moga kamu jadi blogger yang yang berjaya

    ReplyDelete
  37. sungguh menarik blog saudara dan membuatkan saya teruja untuk melawati tempat-tempat tersebut

    ReplyDelete
  38. Saya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.

    ReplyDelete
  39. Walaupun kelihatan ringkas, isinya sangat menarik dan sesuai untuk dibaca oleh pelajar sekolah.

    ReplyDelete
  40. Wow!!!!!!Perkongsian yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  41. Kawasan Perlancongan yang seronok! Walaupun saya telah melawati Melaka beberapa kali, saya tidak pernah teringin untuk menjejakkan kaki saya ke tempat sebegitu��

    ReplyDelete
  42. Tidak sia sia saya membaca blog ini..memang terbaik👌🏻

    ReplyDelete
  43. Penulisan yang terperinci dan dilengkapi dengan gambar yang menarik. Saya berminat untuk pergi ke destinasi ini sebagai percutian yang akan datang.

    ReplyDelete
  44. Penulisan yang terperinci dan dilengkapi dengan gambar yang menarik. Saya berminat untuk pergi ke destinasi ini sebagai percutian yang akan datang.

    ReplyDelete
  45. perkongsian yang menarik ! syabas !

    ReplyDelete
  46. Blog yang sungguh menarik tertarik dan sebagainya🤩 ianya menunjukkan keindahan disana.

    ReplyDelete
  47. Saya tertarik melihat tempat-tempat yang anda pergi. Anda berjaya menceritakan tentang sejarah-sejarah yang ada di sana sehingga membuatkan saya ingin bercuti ke sana.

    ReplyDelete
  48. Saya juga ingin melancong ke Melaka dan kumpul banyak pengalaman seperti anda

    ReplyDelete
  49. Tempat yang amat menarik untuk bercuti. Blog awak sangat bagus dan saya berasa seronok ketika membaca. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman awak dengan saya. 😊

    ReplyDelete
  50. Saya sangat kagum melihat blog awak.Awak menceritakan segala-galanya :)

    ReplyDelete
  51. Ewah! Menarik sungguh lawatan bersama rakan. Saya sudah lama mengidamkan lawatan seperti itu. Melihat gambar saja sudah berasa seronok apatah lagi kalau turut serta.

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. Blog yang menarik dan kreatif . Saya seronok membaca blog kamu 👌🏻

    ReplyDelete
  54. Blog yang ditulis sangat menarik dan penuh dengan 'pengembaraan'... Seronoknya dapat bersiar-siar bersama kawan-kawan di antara lokasi yang menarik sekali...

    ReplyDelete
  55. perkongsian yang bagusss buat saya

    ReplyDelete
  56. Gaya penulisan yang santai. Sarat dengan info yang menarik serta boleh menjadi tarikan kepada pembaca untuk melawat Melaka Bandaraya Bersejarah.

    ReplyDelete
  57. Perkongsian yang menarik dan penuh dengan info. Beruntung sungguh dapat bercuti bersama rakan-rakan. Syabas, semoga dapat menulis blog lagi pada masa akan datang

    ReplyDelete
  58. Wah, saya berasa sungguh teruja apabila membaca blog saudara! Perkongsian pengalaman bercuti bersama rakan-rakan sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian kamu. Saya berharap saya dapat menjejaki kaki ke sana suatu hari nanti :D

    ReplyDelete
  59. Saya sangat kagum membaca penyampaian awak.Awak telah memberikan inspirasi kepada saya.Syabas diucapkan kepadaMuaz.

    ReplyDelete
  60. Syabas saudara Muaz! Saya tersenyum membaca blog anda kerana penggunaan Bahasa Melayu anda yang sangat baik serta menggunakan ayat yang gramatis. Semoga saya juga berpeluang dapat ke Melaka negeri bersejarah seperti anda juga. In shaa Allah. Amin😊

    ReplyDelete
  61. Blog yang dihasilkan oleh Muaz sangat cantik, isi kandungannya menunjukkan yang Muaz seronok berada di sana. Dia juga menggunakan ayat yang gramatis untuk menghasilkan blog ini.

    ReplyDelete
  62. Teruja sungguh saya membaca blog saudara Muaz ini.Penuh dengan kata-kata gramatis dan mampu membuatkan saya ingin kesana jua.

    ReplyDelete
  63. Seperti yang kita tahu, Melaka merupakan bandar bersejarah. Saya yakin blog ini dapat menarik perhatian pelancong kerana kandungannya yang menarik dan teliti.

    ReplyDelete
  64. Perkongsian yang menarik sama seperti gambar yang dipaparkan di blog ini. Penggunaan ayat yang gramatis sudah pasti dapat menarik minat pembaca untuk hadir ke sana. Tahniah.

    ReplyDelete
  65. menarik sungguh blog anda semasa percutian di melaka bersama rakan2 karib anda.Apa pun, blog yang menarik dan maklumat yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  66. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat. Saya sangat berminat dengan penggunaan ayat gramatis yang anda gunakan.

    ReplyDelete
  67. Perkongsian yang mantap.Terdapat banyak aktiviti yang menarik yang telah anda lakukan yang buat saya teruja membacanya.Saya berharap untuk pergi melancong bersama sama anda.

    ReplyDelete
  68. Saya sangat teruja membaca blog saudara.Tentu seronok dapat bercuti sambil menambah ilmu pengetahuan tentang bangunan-bangunan bersejarah di Melaka.Teruja saya membaca blog saudara.Saya juga tersenyum melihat gambar-gambar yang saudara paparkan.Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini.

    ReplyDelete
  69. Saya seakan-akan hendak menangis kerana mengetahui betapa indahnya Malaysia ini selepas membaca blog anda.Saya berharap industri pelancongan Malaysia akan lebih maju dengan adanya bandar bersejarah seperti Melaka ini.

    ReplyDelete
  70. Terima kasih atas perkongsian kamu.Saya teruja melihat tempat yang menarik dan berharap dapat pergi ke sana.

    ReplyDelete
  71. Dua tiga kucing berlari,menarik sekali blog ini! Saudara berpengalaman menjadi seorang blogger ke? Cara penulisan saudara seperti pernah menulis blog selama 5 tahun. Penulisan yang amat jelas dan teratur. Saya kagum melihat blog saudara. Blog saudara membuat saya ingin mengunjungi tempat bersejarah di Malaysia!

    ReplyDelete
  72. Penceritaan yang cukup jelas dan menarik . Selain itu , kamu juga berjaya menggunakan ayat - ayat yang gramatis dalam menghasilkan blog ini. Saya sangat kagum dengan kamu . Syabas !

    ReplyDelete
  73. Wah!! Teruja sekali saya membaca blog awak ini yang penuh dengan ayat-ayat yang gramatis . Yang membuatkan saya lebih teruja ialah pengalaman percutian awak bersama rakan-rakan . Tempat-tempat yang awak kunjungi sangat menarik dan membuatkan saya ingin ke sana juga. Perkongsian yang sangat menyeronokkan . Hargailah rakan-rakan selagi masih rapat .

    ReplyDelete
  74. Blog saudara amat menarik sekali ! Saya berasa amat teruja membacanya. Terima kasih di atas perkongsian saudara.

    ReplyDelete
  75. Wah... kini saya sedar akan kecantikan dan keunikan Melaka ini. Informasi dan gambar yang menarik. Sangat berguna untuk orang yang ingin melawat tempat bersejarah tersebut.

    ReplyDelete
  76. Wah! Saya amat seronok membaca blog anda. Anda membuatkan saya untuk berkunjung ke sana. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  77. Wah menarik sekali percutian kamu kali ini ya, Muaz... penulisan kamu juga amat bagus sekali... teruskan usaha yang bagus ini ya

    ReplyDelete
  78. Cara saudara menyampaikan pengalaman secara santai dapat menarik minat pembaca dan juga dapat menambaht ilmu saya mengenai Melaka dengan mendalam.

    ReplyDelete
  79. Tanpa saya sedar, saudara Muaz telah berjaya membuka mata saya tentang keindahan di Melaka. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan pengalaman melalui penulisan blog ini.

    ReplyDelete
  80. Terima kasih Muaz atas perkongsian pengalaman anda ke Melaka yang sangat menarik perhatian orang ramai. Walaupun sudah beberapa kali saya ke sana, saya tetap ingin ke sana lagi selepas membaca blog anda ini.

    ReplyDelete
  81. Perkongsian yang mantap.Terdapat banyak aktiviti yang menarik yang telah anda lakukan yang buat saya teruja membacanya.Saya berharap untuk pergi melancong bersama sama anda.

    ReplyDelete
  82. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan bukan? Parkongsian yang amat menarik sekali. Banyak info yang saya perolehi daripada pembacaan saya di blog ini. Penulisan yang gramatis dan kreatif. Syabas dan terima kasih.😊😊😊

    ReplyDelete
  83. Wah, dapat berjumpa dengan pelancong dari negara seberang, Indonesia! Perkongsian yang menarik dan penulisan blog yang amat baik. Siapa tahu jika pelancong daripada Indonesia itu membaca blog ini, pasti dia teruja. Terima kasih kerana sudi berkongsi. :)

    ReplyDelete
  84. Dalam-dalam cerita bangsa;
    Saudara Muaz di Kota Melaka.
    Penceritaan yang menarik serta susunan ayat yang kemas dan berperibahasa...SYABAS!!!😋😋😋

    ReplyDelete
  85. Perkongsian yang menarik dan gambar-gambar yang disertakan juga cantik. Terima kasih diatas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  86. Wah, tidak sangka boleh bercuti di Melaka dengan bajet yang kecil! Terima atas perkongsian yang menarik ini, Muaz. Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  87. Wahh! Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehabatan anda dalam mengarang ayat. Tahniahh

    ReplyDelete
  88. Perkongsian yang menarik dan disertakan gambar untuk menggambarkan temoat yang kamu kunjungi.Saya berharap agar dapat ke sana juga satu hari nanti

    ReplyDelete
  89. Saya sangat dengan cara kamu menggunakan ayat gramatis. Selain itu, kamu juga ada memberi sedikit ilmu ataupun fakta di tempat yang kamu kunjungi . terima kasih :)

    ReplyDelete
  90. Perkongsian yang menarik dan disertakan gambar untuk menggambarkan temoat yang kamu kunjungi.Saya berharap agar dapat ke sana juga satu hari nanti

    ReplyDelete
  91. Wah! Meriahnya suasana dalam gambar ini!!! Saya sudah ke Melaka banyak kali kerana jarak dari tempat saya dengan Melaka sangat dekat.

    ReplyDelete
  92. Wahhh! Menarik sungguh perkongsian blog yang kamu sampaikan ini. Saya berharap agar kamu bisa menjadi seorang blogger berjaya suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  93. Perkongsian maklumat yang sangat menarik. Tempat yang saudara pergi sangatlah menarik . Saya harap saya dapat pergi kesana

    ReplyDelete
  94. Saya berasa sangat seronok dan teruja ketika membaca blog ini. Terima kasih di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  95. Blog anda sungguh menarik.Cerita yang disampaikan amatlah terperinci dan mudah difahami.Teruskan menulis dan semoga menjadi penulis yang berjaya di masa hadapan.

    ReplyDelete
  96. Penulisan blog saudara sangat jelas dan saya pasti ramai orang yang berminat untuk membaca blog anda dan percutian anda menarik juga.

    ReplyDelete
  97. Blog yang sangat menarik dan mudah difahami. Teruskan mencipta blog pada masa akan datang dan teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  98. Penggunaan ayat yang sangat gramatis tetapi masih sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.Saya amat gemar membaca blog ini kerana ianya berkaitan dengan bandaraya bersejarah.Gambar yang ada juga menarik dan menambah minat saya untuk berkunjung ke Melaka.

    ReplyDelete
  99. Saya harap saya dapat pergi ke sana bersama saudara

    ReplyDelete
  100. Wah, dapat berjumpa dengan pelancong dari negara seberang, Indonesia! Perkongsian yang menarik dan penulisan blog yang amat baik. Siapa tahu jika pelancong daripada Indonesia itu membaca blog ini, pasti dia teruja. Terima kasih kerana sudi berkongsi. :)

    ReplyDelete
  101. Blog yang dihasilkan oleh Muaz sangat cantik, isi kandungannya menunjukkan yang Muaz seronok berada di sana. Dia juga menggunakan ayat yang gramatis untuk menghasilkan blog ini.

    ReplyDelete
  102. menarik sungguh blog anda semasa percutian di melaka bersama rakan2 karib anda. saya cemburu. apa pun. blog yang menarik dan maklumat yang bermanfaat

    ReplyDelete
  103. Seronoknya percutian anda dengan kawan kawan anda.Bahasa yang anda gunakan sangat gramatis .Syabas!

    ReplyDelete
  104. menarik sungguh blog anda semasa percutian di melaka bersama rakan2 karib anda. saya cemburu. apa pun. blog yang menarik dan maklumat yang bermanfaat

    ReplyDelete

Post a Comment