*TRAVELOG MELAKA*
27/11/19 - 29/11/19
by Muaz bin Nor Azhar
 |
Permandangan di Stadthuys tidak pernah mengecewakan
|
Melaka. Bandaraya penuh sejarah. Pernah menjadi pusat perlabuhan terkemuka di dunia suatu masa dahulu. Mempunyai sejarah kesultanan yang amat seronok untuk dipelajari. Akhirnya, aku mendapat kesempatan untuk menjejakkan kaki di bumi Melaka.
Masa untuk menjawab soalan pertama yang tiba di minda apabila sudah ternampak suasana kekecohan di bandar Melaka,"Kita akan tinggal di mana?" Bertuah bagi kami, saudara Radzin bin Razaini sudah memikirkan hal tersebut terlebih dahulu. Tepat jam 2 petang, kami tiba di tempat kediaman kami.
 |
The RuckSack Caratel
|
Pertama sekali, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada staff-staff di RuckSack Caratel kerana sepanjang kami menginap di sana mereka banyak membantu dalam aspek kebersihan dan fasiliti. Kami berlima menyewa sebuah bilik yang mempunyai empat katil dan satu bilik air yang berharga RM200 satu malam. Tempat tersebut juga disertakan dengan kolam renang dan tempat berehat. Jika anda berminat dengan tempat ini, anda boleh terus ke lawan web ini:
Setelah solat zuhur dan berehat sebentar, kami ke Stadthuys pada pukul 4 petang.
STADTHUYS
Stadthuys merupakan sebuah bandar yang sangat indah kerana tempat ini penuh dengan bangunan bersejarah dan penuh dengan gerai yang menjual barang-barang tradisional di Melaka. Saya juga melihat pelbagai jenis pelancong dari negara asing yang sangat tertarik dengan barangan tradisional di sana. Antara kraftangan yang saya lihat ialah sebuah bakul yang dianyam menggunakan rotan. Kraftangan tersebut dibuat dengan tangan dan ianya sangat kemas. Malang sekali saya tiada gambar bakul tersebut :(
Setelah puas meneroka Stadthuys, kami ke Sungai Melaka.
 |
| SUNGAI MELAKA |
Perkara pertama yang tiba di minda apabila sampai di Sungai Melaka ialah,"Wah, jernihnya!"Sungguh tidak dijangka. Siapa sangka Melaka, bandar yang sangat sibuk dengan pelancong, gerai kiri dan kanan dan jalan raya yang sesak untuk mempuyai sungai yang begitu cantik dan jernih. Ya, Melaka sangat sesak dengan kenderaan.Oleh itu kami lebih suka berjalan kaki. Bukan sahaja mudah malah percuma! Berhampiran sungai Melaka, terdapat sebuah kedai yang menghidangkan air kelapa buatan mereka. Kami menikmati air tersebut dan meneruskan penjelajahan kami.
 |
| H&M |
Maklumlah, remaja seperti kami pantang apabila melihat H&M. Kami berempat mengambil kesempatan ini untuk membeli sedikit pakaian. Saya membeli sehelai seluar pendek yang berharga RM20. Hal ini hanyalah kerana saya terlupa untuk membawa seluar pendek dan saya mahu menggunakan seluar ini untuk mandi di kolam nanti bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan bukan?
Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Kami mengambil peluang ini untuk mandi di kolam bersebelahan dengan tempat penginapan kami. Sungguh lawak jenaka rakan-rakan saya. Walapun ada yang agak keterlaluan, saya mengangkap ini semua memori yang akan mewarnai hidup saya.
Apabila kami penat bermain di dalam kolam, kami ke bilik untuk berehat. Ketika ini, jam menunjukkan pukul 7 malam. Kami bersetuju untuk bermain permainan video 'FIFA 19' pada malam itu sehingga tertidur.
HARI KEDUA
MUZIUM NEGERI MELAKA
Jam 8 pagi.Seni reka lama, warna putih jernih dan berbau kayu. Kami telah tiba di Muzium Negeri Melaka. Dengan harga RM6 seorang kami menjelejah tempat ini dengan penuh rasa bersemangat. Saya telah pergi ke banyak muzium sebelum ini tetapi tiada yang dapat menandingi keunikan muzium negeri Melaka. Kami belajar tentang pelbagai benda. Termasuklah kehebatan pahlawan Melaka. Betullah apa yang dikatakan oleh pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal nama.
 |
KOTA A'FAMOSA
|
Jelajah ke Melaka memang tidak sah jika tidak melawat bangunan yang berumur berpuluh tahun ini. Sungguh terkenal dikalangan rakyat Malaysia malah juga disebut-sebut di kalangan pelancong asing. Tak lain tak bukan ianya Kota A'Famosa. Gah namanya, gah lagi binaannya. Apabila kami sampai di sini jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Di sana, kami belajar tentang sejarah bangunan ini yang mengagumkan.
 |
| DATARAN PAHLAWAN |
Habis sudah jejalah Kota A'Famosa, kami mengambil keputusan untuk berehat sepanjang hari dan pada malam itu, kami ke Dataran Pahlawan. Tempat ini merupakan antara tempat yang paling meriah di Melaka. Bangunan tinggi, kompleks membeli-belah dan persembahan menarik. Tempat ini sememangnya layak dipanggil "Dataran Pahlawan'.
HARI KETIGA
Pejam celik, pejam celik, tibanya hari terakhir kami di Melaka. Kenangan pahit manis sememangnya akan dirindui. Kami tidak sabar untuk berkongsi pengalaman ekspedisi kami di Travelog nanti.
 |
MASJID TERAPUNG/ MASJID SELAT MELAKA
|
Masjid Kristal di Terengganu terkenal dengan seni binanya. Masjid Selat Melaka pula terkenal dengan seni bini dan suasana di sana. Sememangnya antara masjid yang paling cantik kami pernah lihat
 |
LOKASI TERAKHIR: STADTHUYS
|
Terdetik di dalam hati kami bahawa jika tempat pertama kami terokai di Melaka ialah Stadthuys, jadi apa kata kami jadikan tempat ini menjadi tempat terakhir kami di sana? Stadthuys sungguh cantik. Kami juga terjumpa pelancong dari Indonesia yang menggelar dirinya sebagai 'king'. Beliau amat mesra dengan kami dan kami sememangnya merindui beliau. Anda boleh lihat gambar kami bersama di atas.
Melaka merupakan tempat yang sangat menarik. Saya berharap agar dapat menjejakkan kaki di sini sekali lagi pada masa hadapan.
Dua tiga kucing berlari, menarik sekali blog ini! Pengalaman yang amat bermanfaat untuk diceritakan.
ReplyDeleteAnak pak samad nama ain,
ReplyDeleteTerbaik lah saudara!
menarik sungguh blog anda semasa percutian di melaka bersama rakan2 karib anda. saya cemburu. apa pun. blog yang menarik dan maklumat yang bermanfaat
ReplyDeleteWah menakjubkan !
ReplyDeleteSungguh menarik blog kamu ini.Saya juga mahu pergi kesana.
ReplyDeletesungguh menarik dan menceriakan hari saya
ReplyDeletePerkongsian blog oleh saudara Muaz amat menarik🤩
ReplyDeleteWah! Menarik sungguh penulisan blog anda. Saya juga ingin merasai pengalaman ke sana.
ReplyDeleteBlog anda sangat menarik! Tahniah!
ReplyDeletePerkongsian yang mantap.Terdapat banyak aktiviti yang menarik yang telah anda lakukan yang buat saya teruja membacanya.Saya berharap untuk pergi melancong bersama sama anda.
ReplyDeletewahhh teruja saya membaca blog anda. Penerangan serta gambar yang sangat jelas. Terima kasih diatas perkongsian yang bermanfaat ini :)))
ReplyDeleteWah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang
ReplyDeleteSemoga blog anda ini dapat memberi manfaat kepada orang lain juga 😁
ReplyDeleteSangat bermanfaat makkumat di sini, sangat gembira anda di sana, isi menarik dan maklumat ini juga saya boleh guna apabila ke Melaka nanti😁
ReplyDeleteInfo dan gaya penulisan yang paling menarik.
ReplyDeleteWalaupun telah banyak kali saya mengunjungi Melaka,tetapi saya tidak pernah terfikir untuk mengunjungi beberapa kawasan yang anda tunjukkan.
ReplyDeleteWahh wahh sangat menarik dan menghiburkan sekali perkongsian anda :p tahniah !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog yang menarik dan mempunyai maklumat yang berguna.Sangat seronok membaca blog ini kerana mempunyai ayat-ayat yang gramatis
ReplyDeleteSebagai seorang yang pernah menjejakkan kaki di sana ,syabas saudara! Percutian saudara amat bermakna dan tidak menjadi sia-sia apabila meluangkan masa di kota penuh bersejarah.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik dan membuatkan saya ingin ke sana bersama kawan-kawan.
ReplyDeleteSaya sungguh teruja membaca blog kamu. Perkongsian kamu juga sungguh menarik.
ReplyDeleteBlog ini sangat menarik kerana penulis membuat kelainan dengan pergi bercuti dengan rakan-rakan dan bukan dengan keluarga.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik dan mudah difahami. Teruskan mencipta blog pada masa akan datang👍
ReplyDeleteWah wah , penggunaan ayat yang sugguh menarikk !!
ReplyDeleteWah! Perkongsian yang sangat menarik! Baru saya tahu terdapat lebih banyak tempat-tempat yang menarik di Melaka. Saya berasa teruja untuk mengatahui lebih banyak travelog-travelog yang menarik yang akan disiarkan oleh anda! 👍
ReplyDeleteWah, banyak perkongsian yang dikongsikan di dalam blog ini.
ReplyDeleteBlog yang amat menarik untuk dibaca dengan besertakan gambar-gambar yang cantik dan maklumat yang bagus.
ReplyDeletePerkongsian yang penuh dengan maklumat ! Terima kasih kerana sudi bekongsi pengalaman kamu, Muaz :)
ReplyDeleteMenariknyaa ✨💫 Terima kasih kerana berkongsi pengalaman andaaa 🌙☀️
ReplyDeletePerkongsian maklumat yangsangat menarik!!!
ReplyDeleteMantap
ReplyDeleteYour blog is so interesting! Good job boy
ReplyDeleteblog yang menarik, info yang sangat berguna untuk pelancong yang ingin berkunjung ke melaka
ReplyDeleteWah, Sungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini.
ReplyDeleteyour blog help me a lot👏
ReplyDeleteNaiss👍..kipidap don gibap
ReplyDeleteSangat menarik!!!!
ReplyDeletePengalaman serta perkongsian yang menarik membuatkan saya tertarik untuk pergi ke Melaka dan menikmati perjalanan di sana.
ReplyDeletenice👍
ReplyDeleteBlog yang bagus, sangat menarik dan dan sangat interaktif, moga kamu jadi blogger yang yang berjaya
ReplyDeletesungguh menarik blog saudara dan membuatkan saya teruja untuk melawati tempat-tempat tersebut
ReplyDeleteSaya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.
ReplyDeleteWalaupun kelihatan ringkas, isinya sangat menarik dan sesuai untuk dibaca oleh pelajar sekolah.
ReplyDeleteWow!!!!!!Perkongsian yang sangat menarik.
ReplyDeleteKawasan Perlancongan yang seronok! Walaupun saya telah melawati Melaka beberapa kali, saya tidak pernah teringin untuk menjejakkan kaki saya ke tempat sebegitu��
ReplyDeleteTidak sia sia saya membaca blog ini..memang terbaik👌🏻
ReplyDeletePenulisan yang terperinci dan dilengkapi dengan gambar yang menarik. Saya berminat untuk pergi ke destinasi ini sebagai percutian yang akan datang.
ReplyDeletePenulisan yang terperinci dan dilengkapi dengan gambar yang menarik. Saya berminat untuk pergi ke destinasi ini sebagai percutian yang akan datang.
ReplyDeleteperkongsian yang menarik ! syabas !
ReplyDeleteBlog yang sungguh menarik tertarik dan sebagainya🤩 ianya menunjukkan keindahan disana.
ReplyDeleteSaya tertarik melihat tempat-tempat yang anda pergi. Anda berjaya menceritakan tentang sejarah-sejarah yang ada di sana sehingga membuatkan saya ingin bercuti ke sana.
ReplyDeleteSaya juga ingin melancong ke Melaka dan kumpul banyak pengalaman seperti anda
ReplyDeleteTempat yang amat menarik untuk bercuti. Blog awak sangat bagus dan saya berasa seronok ketika membaca. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman awak dengan saya. 😊
ReplyDeleteSaya sangat kagum melihat blog awak.Awak menceritakan segala-galanya :)
ReplyDeleteEwah! Menarik sungguh lawatan bersama rakan. Saya sudah lama mengidamkan lawatan seperti itu. Melihat gambar saja sudah berasa seronok apatah lagi kalau turut serta.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog yang menarik dan kreatif . Saya seronok membaca blog kamu 👌🏻
ReplyDeleteBlog yang ditulis sangat menarik dan penuh dengan 'pengembaraan'... Seronoknya dapat bersiar-siar bersama kawan-kawan di antara lokasi yang menarik sekali...
ReplyDeleteperkongsian yang bagusss buat saya
ReplyDeleteGaya penulisan yang santai. Sarat dengan info yang menarik serta boleh menjadi tarikan kepada pembaca untuk melawat Melaka Bandaraya Bersejarah.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik dan penuh dengan info. Beruntung sungguh dapat bercuti bersama rakan-rakan. Syabas, semoga dapat menulis blog lagi pada masa akan datang
ReplyDeleteWah, saya berasa sungguh teruja apabila membaca blog saudara! Perkongsian pengalaman bercuti bersama rakan-rakan sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian kamu. Saya berharap saya dapat menjejaki kaki ke sana suatu hari nanti :D
ReplyDeleteSaya sangat kagum membaca penyampaian awak.Awak telah memberikan inspirasi kepada saya.Syabas diucapkan kepadaMuaz.
ReplyDeleteSyabas saudara Muaz! Saya tersenyum membaca blog anda kerana penggunaan Bahasa Melayu anda yang sangat baik serta menggunakan ayat yang gramatis. Semoga saya juga berpeluang dapat ke Melaka negeri bersejarah seperti anda juga. In shaa Allah. Amin😊
ReplyDeleteBlog yang dihasilkan oleh Muaz sangat cantik, isi kandungannya menunjukkan yang Muaz seronok berada di sana. Dia juga menggunakan ayat yang gramatis untuk menghasilkan blog ini.
ReplyDeleteTeruja sungguh saya membaca blog saudara Muaz ini.Penuh dengan kata-kata gramatis dan mampu membuatkan saya ingin kesana jua.
ReplyDeleteSeperti yang kita tahu, Melaka merupakan bandar bersejarah. Saya yakin blog ini dapat menarik perhatian pelancong kerana kandungannya yang menarik dan teliti.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik sama seperti gambar yang dipaparkan di blog ini. Penggunaan ayat yang gramatis sudah pasti dapat menarik minat pembaca untuk hadir ke sana. Tahniah.
ReplyDeletemenarik sungguh blog anda semasa percutian di melaka bersama rakan2 karib anda.Apa pun, blog yang menarik dan maklumat yang bermanfaat.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat. Saya sangat berminat dengan penggunaan ayat gramatis yang anda gunakan.
ReplyDeletePerkongsian yang mantap.Terdapat banyak aktiviti yang menarik yang telah anda lakukan yang buat saya teruja membacanya.Saya berharap untuk pergi melancong bersama sama anda.
ReplyDeleteSaya sangat teruja membaca blog saudara.Tentu seronok dapat bercuti sambil menambah ilmu pengetahuan tentang bangunan-bangunan bersejarah di Melaka.Teruja saya membaca blog saudara.Saya juga tersenyum melihat gambar-gambar yang saudara paparkan.Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini.
ReplyDeleteSaya seakan-akan hendak menangis kerana mengetahui betapa indahnya Malaysia ini selepas membaca blog anda.Saya berharap industri pelancongan Malaysia akan lebih maju dengan adanya bandar bersejarah seperti Melaka ini.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian kamu.Saya teruja melihat tempat yang menarik dan berharap dapat pergi ke sana.
ReplyDeleteDua tiga kucing berlari,menarik sekali blog ini! Saudara berpengalaman menjadi seorang blogger ke? Cara penulisan saudara seperti pernah menulis blog selama 5 tahun. Penulisan yang amat jelas dan teratur. Saya kagum melihat blog saudara. Blog saudara membuat saya ingin mengunjungi tempat bersejarah di Malaysia!
ReplyDeletePenceritaan yang cukup jelas dan menarik . Selain itu , kamu juga berjaya menggunakan ayat - ayat yang gramatis dalam menghasilkan blog ini. Saya sangat kagum dengan kamu . Syabas !
ReplyDeleteWah!! Teruja sekali saya membaca blog awak ini yang penuh dengan ayat-ayat yang gramatis . Yang membuatkan saya lebih teruja ialah pengalaman percutian awak bersama rakan-rakan . Tempat-tempat yang awak kunjungi sangat menarik dan membuatkan saya ingin ke sana juga. Perkongsian yang sangat menyeronokkan . Hargailah rakan-rakan selagi masih rapat .
ReplyDeleteBlog saudara amat menarik sekali ! Saya berasa amat teruja membacanya. Terima kasih di atas perkongsian saudara.
ReplyDeleteWah... kini saya sedar akan kecantikan dan keunikan Melaka ini. Informasi dan gambar yang menarik. Sangat berguna untuk orang yang ingin melawat tempat bersejarah tersebut.
ReplyDeleteWah! Saya amat seronok membaca blog anda. Anda membuatkan saya untuk berkunjung ke sana. Terima kasih atas perkongsian anda.
ReplyDeleteWah menarik sekali percutian kamu kali ini ya, Muaz... penulisan kamu juga amat bagus sekali... teruskan usaha yang bagus ini ya
ReplyDeleteCara saudara menyampaikan pengalaman secara santai dapat menarik minat pembaca dan juga dapat menambaht ilmu saya mengenai Melaka dengan mendalam.
ReplyDeleteTanpa saya sedar, saudara Muaz telah berjaya membuka mata saya tentang keindahan di Melaka. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan pengalaman melalui penulisan blog ini.
ReplyDeleteTerima kasih Muaz atas perkongsian pengalaman anda ke Melaka yang sangat menarik perhatian orang ramai. Walaupun sudah beberapa kali saya ke sana, saya tetap ingin ke sana lagi selepas membaca blog anda ini.
ReplyDeletePerkongsian yang mantap.Terdapat banyak aktiviti yang menarik yang telah anda lakukan yang buat saya teruja membacanya.Saya berharap untuk pergi melancong bersama sama anda.
ReplyDeletePengalaman yang tidak boleh dilupakan bukan? Parkongsian yang amat menarik sekali. Banyak info yang saya perolehi daripada pembacaan saya di blog ini. Penulisan yang gramatis dan kreatif. Syabas dan terima kasih.😊😊😊
ReplyDeleteWah, dapat berjumpa dengan pelancong dari negara seberang, Indonesia! Perkongsian yang menarik dan penulisan blog yang amat baik. Siapa tahu jika pelancong daripada Indonesia itu membaca blog ini, pasti dia teruja. Terima kasih kerana sudi berkongsi. :)
ReplyDeleteDalam-dalam cerita bangsa;
ReplyDeleteSaudara Muaz di Kota Melaka.
Penceritaan yang menarik serta susunan ayat yang kemas dan berperibahasa...SYABAS!!!😋😋😋
Perkongsian yang menarik dan gambar-gambar yang disertakan juga cantik. Terima kasih diatas perkongsian anda.
ReplyDeleteWah, tidak sangka boleh bercuti di Melaka dengan bajet yang kecil! Terima atas perkongsian yang menarik ini, Muaz. Teruskan usaha!
ReplyDeleteWahh! Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehabatan anda dalam mengarang ayat. Tahniahh
ReplyDeletePerkongsian yang menarik dan disertakan gambar untuk menggambarkan temoat yang kamu kunjungi.Saya berharap agar dapat ke sana juga satu hari nanti
ReplyDeleteSaya sangat dengan cara kamu menggunakan ayat gramatis. Selain itu, kamu juga ada memberi sedikit ilmu ataupun fakta di tempat yang kamu kunjungi . terima kasih :)
ReplyDeletePerkongsian yang menarik dan disertakan gambar untuk menggambarkan temoat yang kamu kunjungi.Saya berharap agar dapat ke sana juga satu hari nanti
ReplyDeleteWah! Meriahnya suasana dalam gambar ini!!! Saya sudah ke Melaka banyak kali kerana jarak dari tempat saya dengan Melaka sangat dekat.
ReplyDeleteWahhh! Menarik sungguh perkongsian blog yang kamu sampaikan ini. Saya berharap agar kamu bisa menjadi seorang blogger berjaya suatu hari nanti.
ReplyDeletePerkongsian maklumat yang sangat menarik. Tempat yang saudara pergi sangatlah menarik . Saya harap saya dapat pergi kesana
ReplyDeleteSaya berasa sangat seronok dan teruja ketika membaca blog ini. Terima kasih di atas perkongsian.
ReplyDeleteBlog anda sungguh menarik.Cerita yang disampaikan amatlah terperinci dan mudah difahami.Teruskan menulis dan semoga menjadi penulis yang berjaya di masa hadapan.
ReplyDeletePenulisan blog saudara sangat jelas dan saya pasti ramai orang yang berminat untuk membaca blog anda dan percutian anda menarik juga.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik dan mudah difahami. Teruskan mencipta blog pada masa akan datang dan teruskan usaha anda!
ReplyDeletePenggunaan ayat yang sangat gramatis tetapi masih sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.Saya amat gemar membaca blog ini kerana ianya berkaitan dengan bandaraya bersejarah.Gambar yang ada juga menarik dan menambah minat saya untuk berkunjung ke Melaka.
ReplyDeleteSaya harap saya dapat pergi ke sana bersama saudara
ReplyDeleteWah, dapat berjumpa dengan pelancong dari negara seberang, Indonesia! Perkongsian yang menarik dan penulisan blog yang amat baik. Siapa tahu jika pelancong daripada Indonesia itu membaca blog ini, pasti dia teruja. Terima kasih kerana sudi berkongsi. :)
ReplyDeleteBlog yang dihasilkan oleh Muaz sangat cantik, isi kandungannya menunjukkan yang Muaz seronok berada di sana. Dia juga menggunakan ayat yang gramatis untuk menghasilkan blog ini.
ReplyDeletemenarik sungguh blog anda semasa percutian di melaka bersama rakan2 karib anda. saya cemburu. apa pun. blog yang menarik dan maklumat yang bermanfaat
ReplyDeleteSeronoknya percutian anda dengan kawan kawan anda.Bahasa yang anda gunakan sangat gramatis .Syabas!
ReplyDeletemenarik sungguh blog anda semasa percutian di melaka bersama rakan2 karib anda. saya cemburu. apa pun. blog yang menarik dan maklumat yang bermanfaat
ReplyDelete